TIPs FOTOGRAFI PELAMIN
- LENSA FZ
- Jul 2, 2018
- 1 min read
Setiap pasangan pengantin pasti mengidamkan gambar yang cantik dan menarik
untuk majlis perkahwinan masing-masing.
Sudah pasti bakal pengantin nak tahu bagaimana untuk dapatkan gambar wedding yang cantik di pelamin.
Berikut adalah beberapa tip merakam gambar cantik di pelamin untuk perkongsian bersama khushsnya buat bakal pengantin dan juga fotografer yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini.
by LENSA FZ @MEDIAKOTA
whatsApp 0137079525

PILIH WARNA LEMBUT
PEMILIHAN warna pelamin yang cerah [light color] serta lembut seperti putih cream, light blue atau light purple akan meratakan cahaya dengan baik dan memudahkan jurugambar untuk merakam gambar.
Pelamin yang ringkas adalah yang tidak terlalu padat dengan bunga dan sebagainya.. so piihlah pelamin yang 'nice and simple' 📷⤵️
Kredit Foto - Pasangan Sheeda+Mustafa

KEDUDUKAN PELAMIN DI KAWASAN CERAH Kedudukan pelamin sebaiknya berada di kawasan yang cerah seperti di luar rumah (khemah atau beranda) kerana pencahayaan sangat baik NAMUN pastikan tidak berada di kawasan matahari memancar menjelang waktu petang.
📷☀️everything about light. 📷📸pencahayaan yang bagus akan menghasilkan gambar yang bagus.
Kredit Foto - Pasangan Arif & Mariam

PASTIKAN CAHAYA DI PELAMIN MENCUKUPI
- pencahayaan yang bagus akan menghasilkan gambar yang bagus
Pasikan cahaya yang mencukupi walaupun pelamin diletakkan di dalam rumah ataupun dewan.....BUKA semua lampu yang ada bagi memastikan pentas.pelamin tidak berkeadaan suram
PILIHlah pelamin yang berwarna cerah dan kalau boleh perbanyakkan warna putih 📷📸📷🤩📷🤩
Kredit Foto - Pasangan Firdauz Ziela

ELAKKAN PENGGUNAAN LAMPU BERWARNA-WARNI
ELAKKAN penggunaan lampu berwarna warni seperti lampu pelangi atau yang banyak warna dan bertukar tukar [ spt disco light].
Lampu sebegini akan menyebabkan warna kulit dalam gambar akan berubah atau menjadi lebam sehingga menyukarkan untuk dibaiki [edit] warna kulit kepada asal.
Kredit Foto - Pasangan Hafiz & Linda
Comments